Powered By Blogger

Wednesday 31 August 2011

petua dari nenek(ringkasan)

MENGHINDARI PENYAKIT; makan sedikit garam kemudian minum dengan segelas air suap pada waktu pagi.selain menghindari penyakit ia juga dapat membersihkan paru-paru. MENAHAN NAFAS; menahan nafas ketika minum dapat mengekalkan kesihatan. MEMULIHKAN SAKIT JANTUNG; rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula.minumlah air rebusan tersebut pagi dan malam. MENGHINDAR SAKIT JANTUNG; elakkan tidur di waktu siang lakukan senaman sekurang-kurangnya 15minit sehari. MENGHILANGKAN BiSa-BISA TULANG; 1.masukkan sedikit garam kedalam air suam.rendamlah kaki anda kedalam sehingga 15minit lakukan 3kali seminggu. 2.ambil 1sudu cuka makan,taungkan sedikit pada tapak tangan gosokkan pada bahagian yg sakit biarkan 1jam kemudian mandi seperti biasa. LUKA BERSALIN;(bagi ibu-ibu yang baru bersalin)rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidi.apabila suam gunakan air itu untuk mencuci dibahagian sulit dua kali sehari. MEMBANYAKKAN AIR SUSU BADAN SELEPAS BERSALIN; rebus beberapa helai daun betik sederhana mudah lalu meminum rebusan tersebut dua kali sehari. MEMERAHKAN BIBIR; ambil sedikit ubat gigi sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur. TERKENA AIR PANAS g0sok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi sehingga rasa tidak sakit lagi. BUNUH KUTU; tumbuk tiga ulas bawang putih hingga lumat gaul dengan tiga sudu minyak kelapa lumurkan pada rambut rata-rata 15minit kemudian sikat dengan penyikat kutu. BATUK ambil sedikit kerak nasi dan rendam dalam air suam apabila kerak nasi itu kembang minum airnya setiap pagi. MENAMBAHKAN DARAH amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus MENGURANGKAN TEKANAN ambil air kelapa muda campur dengan air perahan limau nipis minum dengan satu nafas sahaja. ANAK-ANAK DEMAM BERLARUTAN rebus beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang merah lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala.ulangi beberapa kali. GUSI BERDARAH segelas air suam campur dengan air garam setengah suduh teh garam berkumur tiga kali berturut-turut TERTUSUK DURI sapukan getah batik ketempat yang tertusuk dengan izin tuhan mudah-mudahan pada esok paginya akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya. RUAM sedikit tepung ubi atau sagu ubi sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam ulangi hingga sembuh PENAWAR BIISUL 1.sedikit kapur makan sapukan ditempat yang ditumbuhi bisul 2.tumbuk bawang putih hingga hancur sapukan pada yang terkena bisul balut supaya bawang tak jatuh. MENGHILANGKAN RASA LENGUH DAN LETIH buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa letih dan lenguh KURANGKAN BERCAKAP banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit KURANGKAN DARAH TINGGI campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis dua kali sehari MABUK KENDERAAN minum tiga suduh besar madu lebah asli campur sedikit garam minum sebelum memulakan perjalanan MELEGAKAN CIRIT BIRIT minum satu cawan teh O pekat. BAYI SUKAR BUANG AIR BESAR ramas beberapa helai daun keledek ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi biar kering dua kalu sehari MEMEJAMKAN PENGLIHATAN kerap memandang sesuatu yang hijau,makan lobak putih selalu. MENGATASI MUAL KETIKA MENGANDUNG jangan minum air lain kecuali air suam. GATAL DITEKAK perah 3-4biji limau kasturi campur dengan sebiji garam jantan minum tiga kali sehari MENGUBATI SENGGUGUT campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa.minum sewaktu didatangi haid dua kali sehari. MERAWAT LUKA luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama siram sedikit minyak tanah darah akan terhenti. HINDARI BAYi DARI PENYAKIT KUNING rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa mandikan bayi. SAKIT KUNING hiris nipis-nipis sedikit rebung kemudian rebus sehingga mendidih amal sehingga sembuh. BERKUDiS tumbuk daun inai tempekkan pada kulit GASTRIK parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari perahan air kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung kacau sebati kemudian minum DEMAM CAMPAK MENYERANG ANAK segera beri minum air kelapa muda TELINGA DIMASUK SERANGGA tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga semut keluar. TERCEKIK TULANG kepal-kepalkan nasi kemudian terus telan jika tidak berkesan dapatkan rawatan hospital. selamat mencuba semoga bejaya....